بسم الله الرحمن اللرحيم

Salamualikum, ..Jumaat Oct 20, 2006- 10:00 am pagi, Manhattan, NY. Malas betul aku hari ni. Tak ada motivasi nak kerje. Pejam celik-pejam celik, Ramadan dah nak abis dah. Rasanya cam baru je start berpuasa. Sudah 7 tahun aku berpauasa sebagai perantauan.Tahun ni Ramadan aku berbeza pada tahun-tahun yang lepas. Dulu aku sahur sorang je, kekadang tu tak besahur langsung. Orang bujang. Sekarang tak lagi, alhamdulillah, hari-hari sahur berteman. Aku masih ingat lagi pertama kali aku berpuasa di negara Uncle SAM ni. Aku datang sini tak silap aku January 1998, winter, masa tu baru je 3-4 hari puasa. Aku tinggal di New Orleans, Louisiana or NOLA. Setengah orang panggil The Big Easy. Aku datang sini dengan 8 orang students Malaysia yang lain. Alhamdulillah, masa tu, ada students yang dah tinggal kat NOLA setahun awal. Diorang laa yang banyak menolong kami, budak mentah. Terkenang masa dulu, aku rasa masa tu aku cam, rusa masuk kampung. Itu laa pertama kali aku naik kapal terbang. Seronokyna aku, hanya Allah sahaja yang tahu.
Puasa musim sejuk ni ada kelainannya. Tak rasa dahaga, pastu berbuka cepat lak tu. Dalam pukul 5 petang dah berbuka dah. Kalau nak dibandingkan dengan city lain, NOLA ni tak laa sejuk sangat, winter kat sini pun ada laa dalam 1-2 bulan je. Salji mungkin sekali dalam 10 tahun kot, itu pun 1-2 inci je. Tapi bagi aku, masih sejuk, maklumlah, 20 tahun tinggal di Kuala Kangsar, Perak, mana pernah rasa suhu sampai 50 deg F. Kekadang tu aku main bola sebelum berbuka. Memang tak rasa sangat berpuasa musim sejuk ni. Suasana tidaklah semeriah Malaysia. Kalau pergi kelas tu, dugaan nak makan tu memang kuat. Ye laa… bukan semua muslims. Berbuka, memang tidak merasa laa nak makan key-teow goreng, kuih lapis, laksa, nasi ayam, ayam percik, cendol, ayor tebu, cincau, mee-sup, roti john, murtabak, kuih limah, cekodok, bubur nasi more masjid, nasi minyak more masjid, nasi tomato, kuih seri muka, kuih apamm… paling aku missed pasar Ramadan. Pasar Ramadan di tempat aku, kalau dekat nak raya tu, memang penuh. Muka yang aku tak pernah nampak pun, tetiba je muncul. Masa ni laa, 2-3 orang rakan sekampung aku berniaga, cari duit raya (habis belanja beli kasut, memang hantu kasut diaorang ni), sambil tu budak lain join duk kat kedai tu, bukan apa, tengok aweks yang lalu-lalang membeli makanan untuk berbuka. Sekali tu aku balik Malaysia masa bulan puasa, setelah 3 tahun aku duk kat US, pasar Ramadan masih sama cuma muka pengunjung sahaja yang berbeza. Kali ni, diorang lak tengok aku cam aku ni orang asing je. Pastu rakan-rakan aku dulu yang berniaga dah tak berniaga dah, semua dah bekerja di KL, Penang dan bandar-bandar besar yang lain. Di school aku (Tulane University) tu ada sebuah masjid. Tak la sebesar mana, asalnya rumah, diubah suai jadi masjid. Kebanyakan students yang meramaikan masjid ni. Imam kat masjid ni, orang Mesir. Speak little English. Kalau khutbah Jumaat , dalam bahasa Arab. So yang tak paham bahasa Arab tu, menganga je laa, tak pun tidor..har har macam tak biasa berapa ramai jamaah yang tidur masa khutbah. Salah satu penyakit Muslims hari ni. Di masjid ni laa aku kenal ramai bangsa lain, pastu banyak yang aku belajar pasal Islam. Africa, Middle-East, Asia, Europe, America, all around the world. Di masjid ni juga, aku jumpa 2 brothers Malaysia yang dah lama tinggal di US, aku rasa masa tu ada laa dalam 7 tahun kot brothers ni duk kat US. Hari-hari ada iftar. Kitaorang hari-hari iftar kat masjid. Makanan memang sedap, aku rasa 95% nasi dengan kambing. Ayam ada laa 2-3 kali. Kalau ada lebih, Imam tu suruh kitaorang bawa balik, tapau. Makan sahur. Qiyam (terawih) kat sini 8 rakaat, dibahagi kepada 2 sessions. Satu session 2 rakaat 2 kali, rehat pastu sambung lagi. Masa rehat, Imam kasi ceramah sikit. Masa ni ada translation guna headphone. Qiyam bermula 10 minutes lepas solat Isyak, sejam je. Lepas tu ada halwa. Hmm ini paling best, bakhlava, ketayaf dan macam-macam. Itu je yang aku tahu nama halwa-halwa ni. Aku paling suka ketayaf. Kitaorang semua bertuah juga laa, sebab masa tu ada 2-3 keluarga yang tinggal di New Orleans. Kebanyakannya kerje untuk Exxon-Mobil, Shell…Kekadang tu hari minggu berbuka dengan family, merasa laa masakan melayu. Terubat laa sikit tekak aku ni. Tapi tak laa aku pernah rasa tempoyak masa tu. Kalau duduk kat Washington D.C memang beruntung. Ramai sungguh orang melayu.
Hmm..tahun ni aku tak balik, beraya di New York City dengan isteri aku. InshaAllah mungkin pergi jumpa community Melayu kat West Haven, Connecticut.
Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali.

Indahnya sungai yang mengalir,
Nyamannya air yang beralun,
Kicauan burung di pagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari
Terbayang sanak dan saudara
Guraun sesama keluarga
Mesra berkunjung riuh susasana
Riang menyambut hari mulia
Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desa ku yang telah ku tinggalkan
Ku memohon maaf serta ampun, salamkan ku kirim penggganti diri
Doa restu ayah serta ibu, menjadi penawar rindu shahdu di hari raya.

Read More
on
0 comments
categories: |

Labels

Followers